ADAKAH HARUS WANITA MEMAKAI SELUAR??

Adakah Harus Wanita Memakai Seluar??
 c/p UStaz Dr. MOhd Izhar Ariff FB

Harus dengan syarat-syarat berikut ---->
1. Seluar itu dibuat khusus untuk wanita. Tidak harus ia memakai seluar lelaki kerana diharamkan wanita menyerupai lelaki.
2. Ia memakainya di bahagian dalam, yakni dilitupi oleh pakaian lain yang tidak menampakkan bentuk tubuhnya.
 
3. Jika tidak dilitupi dengan pakaian luar, tidak harus ia memakainya kecuali di hadapan suami atau mahramnya atau di hadapan wanita lain. Adapun di hadapan lelaki-lelaki ajnabi, tidak harus ia memakainya kerana pemakaian seluar sahaja
(tanpa pakaian luar) menampakkan bentuk tubuh.

Digalakkan wanita memakai seluar di bahagian dalamnya
(yakni di samping pakaian luar) kerana ia lebih menjaga aurat...