PETUA HILANGKAn SAKIT KUNING PADA BAYI @ JAUNDIS
Kira-kira
tiga suku daripada semua bayi yang normal dan sihat akan mendapat kulit
yang berwarna kuning dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran.
Jika bayi anda mendapati jaundis, anda tidak perlu risau, tetapi adalah
baik bagi anda memberitahu ahli pediatrik anda, terutamanya jika abdomen
atau kaki bayi anda kelihatan kuning. Jika bayi anda berkulit gelap,
mata putihnya atau tapak tangan atau kakinya akan berwarna kuning. Jika
bayi anda lahirkan selepas melalui terma penuh, selalunya warna kulit
dan matanya hanya akan kembali normal seminggu selepas kelahiran. Ini
akan mengambil masa yang lebih lama jika bayi anda dilahirkan sebelum mencapai terma penuh.
Jaundis terjadi
pada bayi yang sihat apabila darahnya mengandungi bilirubin yang
berlebihan – bilirubin ialah satu bahan kimia yang dihasilkan semasa
penguraian normal sel darah merah. Bayi yang baru lahir cenderung
mempunyai tahap bilirubin yang lebih tinggi sebab mereka mempunyai sel
darah merah tambahan yang mengangkut oksigen dan didapati kadang kala
ginjal mereka yang masih baru tidak boleh memetabolismekan bilirubin
yang berlebihan itu. Apabila tahap bilirubin meningkat lebih daripada
normal, kekuningan jaundis akan bergerak dari kepala ke bawah, ke
tengkuk, dada dan dalam kes teruk, ia akan sampai ke jari-jari kaki.
Jaundis seperti ini yang dikenali sebagai jaundis fisiologi, selalunya
tidak menyebabkan kerosakan pada bayi yang sihat (berbeza daripada jenis
yang lebih serius dan luarbiasa yang disebabkan oleh penyakit ginjal
atau penyakit resus).
Dalam keadaan yang sangat jarang berlaku, bayi baru lahir yang
menghidapi jaundis akan mengalami kerosakan sistem saraf – tetapi ini
berlaku hanya apabila tahap bilirubin berada di tahap yang terlalu
tinggi.
- 50
peratus bayi yang dilahirkan cukup bulan akan menghidapi jaundis pada
hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia akan hilang selepas
seminggu.
-
80 peratus bayi tidak cukup bulan akan menghidapi jaundis di antara lima
hingga tujuh hari selepas kelahiran. Biasanya ia akan hilang dua bulan
selepas kelahiran.