[Al-Isra’, ayat 1]
Apabila membaca ayat ini, sudah pasti kita teringat akan peristiwa terbesar bagi umat Islam seluruhnya di mana pensyariatan solat telah diterima oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'Alahi Wasallam untuk dilaksanakan oleh semua hamba-Nya yang beriman.
Mulianya bulan Rejab ini kerana peristiwa Isra’ Mikraj berlaku dalam bulan ini dan sama-sama kita mulakan bulan yang mulia ini dengan melazimi bacaan doa “Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya’aban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan”.
Semoga kita semua akan diberi peluang oleh Allah untuk kembali ke dalam madrasah Ramadan yang mulia. Insya-Allah.k