Bahan-Bahan: | |
Ikan Patin atau Baung
Tempoyak, dari durian baru Serai 3 batang Bunga Kantan 1 batang. Dihiris Daun Kesom 5 tangkai Kunyit hidup atau serbok |
Chili merah, 7 - 10 biji. ditumbuk
Garam gula Air 2 gelas besar. |
Cara: | |
Satu
masakan yang paling senang, tetapi tidak difahami sepenuhnya. Pah saya
kata gulai tempoyak mesti dari tempoyak baru dan juga cara peram yang
betul.
Mula mula bersih ikan dengan betul. Buang semua darah dan organ dalaman. kalau tidak kuah jadi hitam. Potong ikan ikut saiz yang dikehendaki. Masuk dalam periuk. Masuk tempoyak 4 sudu besar. Gaul dengan ikan.Masukkan chili yang ditumbuk. Chili yang ditumbuk tidak hancur dan kelihatan lebih baik. Gaul sekali lagi dengan tempoyak dan ikan. Perapkan selama setangah jam. Apabila diperap, bau ikan akan hilang dan rasa tempoyak pada ikan lebih sedap. Masukkan air, sekurang kurangnya 2 gelas besar. Hidupkan api. Masukkan Bunga kantan, serai dan daun kesom. Apabila mendidih, masukkan kunyit. Selepas itu garam secukup rasa dan gula, sekurang kurangnya 3/4 sudu. Gulai mesti di gaul tetapi berhati hati kerana ikan ini ada lembut, senang pecah. Satu lagi, gulai akan masak lebih kurang 1/2 jam. Apabila sudah masak, biarkan 1/2 jam lagi bagi ikan dan kuah sebati sepenuhnya. Gulai tempoyak sedap apabila tidak terlampau panas. |
|
Cadangan Hidangan: | |
Gulai ikan Patin/Baung sedap dimakan dengan
nasi. Makanlah dengan nasi sahaja atau lebih sedap dengan ikan kering. Itu sshaja. Cubalah saya pasti inilah gulai ikan masak tempoyak yang paling sedap! |
|
Tambahan: | |
Masakan
tempoyak ikan Patin/Baung banyak variasi. Ini ada versi Perak
original.Pah saya punya resepi. Gulai ini rasanya pada tempoyak. Kalau
tempoyak itu dah tak elok maka rasanya juga begitu. Buat tempoyak dari
durian baru. Peram 3 hari. Jangan campur apa apa seperti garam atau
cuka.
Gulai masak tempoyak memamg sedap. Jangan sekali kali masuk bawang, bawang putih, halia, asam jawa dan santan. Hilang rasa tempoyaknya. Nak lagi sedap kena masak tepi sungai, didusun semasa musim durian! Selamat mencuba! Pasti yang paling best!! |
RESEPI : GULAI TEMPOYAK IKAN PATIN / BAUNG PERAK
Labels:
RESEPI