Kisah Sebabak.
Tidak mahu bersesak dengan orang ramai, Fiya
beredar ke meja makan yang terletak di penhujung kedai itu. Di atur langkahnya
dengan cermat bersama dulang di tangan. Aroma mee rebus begitu membangkitkan
selera. Kecur air liur dibuatnya.
Sampai saja di laluan masuk ke kedai, langkahnya
dihalang oleh susuk tubuh sseorang. Kakinya membrek, perlahan- lahan badannya
berundur ke tepi, memberi laluan kepada empunya diri di hadapannya.
‘Fuhh, nasib aku on slow motion, kalau tidak,
jadi drama sebabak la dalam kedai ni. Mee rebus ohh mee rebus, ‘selamat’ jugak
masuk dalam perut aku nanti.’
Fiya bergerak ke kiri. Serentak si dia ke kiri
juga.
Fiya ke kanan.
Si dia ke kanan.
Fiya ke kiri lagi, si dia turut ke kiri.
Aikk, macam berpakat pulak aku ‘ke kiri ke kanan’
dengan makhluk di hadapannya.
Fiya jongket kening. Saat mata menangkap wajah
empunya diri di hadapannya, hatinya tiba- tiba terasa geram. Geram yang tidak
direka-reka untuk senyuman yang begitu menjengkilkan pandangan matanya.
‘ Tak nampak
ke I nak lalu?’ Kasar Fiya menghulurkan kata sambil menjeling ke
arahnya.
‘ Rasanya you yang tak nampak I kot... yang
handsome ni.’ .jawabnya diiring ketawa
kecil.
Fiya membulatkan mata mendengar pengakuan
darinya.
‘ Whatt? Handsome tang mana dia tu? Macam mamat
tiga suku je aku tengok. Setakat bergaya dengan ray ban sunglasses, dia ingat
hati aku yang beku ni boleh cair ke.. boleh blahh lah wahai jejaka yang
terlebih perasan.
‘ Erkk, austhagfirullahal azim.’ Fiya
beristigfar panjang.
‘ I rasa kornea mata you yang tak boleh nak
detect image sebab terlindung dengan ray ban. Tak kan cuaca mendung macam ni…
kena pakai ray ban jugak ke?’
Banyak mata-mata yang memandang ke arah mereka.
Muka si dia memerah. Mungkin rasa ‘terkena’ dengan sindiran tadi.
‘ Mulut you nie memang tak renew insurances ke? Kalau mulut mak nenek tu
masih ada ‘adat sopan, budi bahasa bila bercakap.’
Dia bidas perlahan sebelum mengatur langkah ke
dalam. Fiya terkedu. Terasa bila disindir begitu. Meruap- ruap kemarahan di
dalam hati.
PENULIS ASAL : YUE YUE