Opened on May 03, 2014
MEMORANDUM MENGGESA SETIAP AHLI
PARLIMEN MUSLIM MENYOKONG SEPENUHNYA USUL HUDUD YANG AKAN DIBAWA OLEH
PIHAK PAS UNTUK DILAKSANAKAN DI NEGERI KELANTAN DARUL NA’IM.
Polemik hudud sudah berlarut-larutan sejak dulu sehingga mencetuskan ketegangan dan kegoncangan, konflik dan krisis serta kekeliruan dan keserabutan di kalangan masyarakat Melayu-Islam lalu menempias ke luar sambil mewujudkan semacam budaya Islamophobia di antara masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Malahan ia menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan yang memberikan imej buruk dan merosakkan terhadap kredibiliti dan integriti Islam sebagai agama Allah yang menjamin kesejahteraan manusia dan rahmat kepada seluruh alam.
Pemain utama yang terjebak di dalam kancah ‘politik hudud’ adalah PAS dan UMNO. Masing-masing telah membentangkan hujah di antara pelaksanaan hudud tanpa soal, di suatu pihak, sementara di pihak yang lain pula, penangguhan pelaksanaannya sehingga segala prasyarat kondusif terhadap penguatkuasaannya tersedia dan memangkini langkah pengaplikasiannya secara tuntas, konkrit dan praktikal. Akibat dari senario tersebut, timbul ‘perang saudara’ yang semakin membahang panas, menggelegak dan menggejolak di antara para pendokong parti-parti politik utama umat Melayu-Islam. Keadaan ini pula melahirkan gejala the blame game; permainan menuding jari yang berpanjangan dan tanpa berkesudahan. Bahkan yang lebih buruk dan tragik lagi ialah tersebar dan meratanya fitnah dan adu domba di kalangan umat Melayu-Islam.
Di celah-celah kegawatan itu dan di atas perkiraan politik juga, kaum-kaum lain yang tidak beragama Islam mengambil kesempatan mengatur langkah dengan cuba memperlihatkan bahawa undang-undang Islam adalah sangat zalim, ketinggalan zaman, represif, amat bersifat ‘Melayu’ dan mundur. Penolakan mereka bukan sangat berdasarkan kajian yang lengkap dan menyeluruh tentang segala aspek perundangan itu, tetapi lebih kepada prasangka, perasaan dendam yang membuak-buak, kebencian mereka kepada apa saja yang dimiliki atau diidentifikasikan dengan Melayu serta semangat untuk menghapuskan ketuanan Melayu sekaligus Islam dalam segala ciri dan perwatakannya.
Menginsafi bahawa ‘polemik dan politik hudud’ akan meletakkan umat Melayu-Islam dalam putaran ganas pertikaian yang tidak ada hujungnya serta mengundang bala Allah di atas perpecahan dan rungkainya ikatan ukhuwwah Islamiyyah hanya kerana masing-masing mendokong wadah yang berlainan dan bukannya aqidah.
Menyedari bahawa sikap PAS yang konsisten tentang pelaksanaan hudud manakala UMNO pula tidak pernah menolak hudud mencerminkan pada dasarnya hudud bukanlah isu yang harus mengakibatkan umat Melayu-Islam sentiasa berada dalam keadaan berkonfrontasi, melebarkan jurang dan terus bersengketa.
Memahami bahawa realiti politik Malaysia adalah sangat rencam, kompleks dan penuh permasalahan setelah mengambil kira pola dan kecenderungan orang-orang bukan Islam dalam usaha mereka untuk menjadi dominan, komposisi kaum yang agak menguntungkan mereka dari segi ‘undi untuk kuasa’ serta asersi semula konsep kesamarataan dan pluralisme agama yang semakin hebat dicanangkan oleh mereka.
Melihat dan memperakui bahawa pemain-pemain utama politik Melayu-Islam mempunyai caragaya, landasan, kaedah dan perspektif tersendiri (setelah membentang dan membahas secara artikulatif isu hudud dengan merujuk kepada kitab-kitab autentik serta pandangan ulama’ yang muktabar) dalam menangani isu hudud, dan kedua-dua pihak seharusnya mengambil pendekatan ‘bersetuju untuk tidak bersetuju’ serta berlapang dada ketika meladeni perbezaan-perbezaan uslub dan dalam perkara-perkara yang berada dalam wilayah ijtihadi.
Memahami dan menyedari juga bahawa false alarm (ancaman palsu) dan ketakutan yang bukan-bukan dan dibuat-buat oleh protagonis daripada kalangan orang bukan Islam terhadap isu hudud sebenarnya adalah manifestasi dari pembacaan dan congak politik mereka untuk terus menaburkan benih-benih kebencian, permusuhan dan akhirnya penolakan terhadap segala perkara yang berbau Melayu dan Islam, di samping melihat bahawa isu hudud ini juga dapat dijadikan senjata mereka untuk memusnahkan perpaduan umat Melayu-Islam sendiri.
Meyakini dan menginsafi bahawa ‘polemik dan politik hudud’ di antara kedua-dua pemain utama politik Melayu-Islam tidak akan membawa keuntungan kepada Islam dan umatnya, malah akan menggasir, menghakis dan memperkecilkan wibawa dan maruah umat Islam seluruhnya.
Maka, kami yang mewakili NGO-NGO berbasis Islam dan Melayu serta rakyat Malaysia, menggesa, meminta dan mendesak setiap Ahli Parlimen yang berbangsa Melayu-Islam tanpa mengira kecenderungan, kepentingan dan keberpihakan agar mengambil langkah berani, tegas dan tanpa berbelah bahagi untuk menyokongan sepenuhnya Deraf Pelaksanaan Hudud Kerajaan Negeri Kelantan yang akan dibentangkan di Parlimen oleh wakil daripada Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Kami juga meminta supaya Kerajaan Negeri Kelantan dijadikan sebagai perga sandaran atau role model terhadap pelaksanaan dan penguatkuasaan hukum-hukum Hudud di negara ini dan mengesa supaya hudud dijadikan undang-undang dasar negara Malaysia.
Maka atas izin Allah untuk mencari keredhoanNya, saya dengan suci hati, secara waras dan boleh membezakan buruk dan baik, menandatangani petisyen ini.
Segala yang baik dan yang buruk datangnya dari Allah;- Yang baik datang sebagai nikmat Ilmu dan yang buruk datang sebagai nikmat sempadan dan tauladan. Kepada Allah Kita Berserah – Kita berusaha, Allah mengizinkan, Rahmat Allah menentukan segalanya, InsyaAllah.
Aqulu qauli haza wa astaghfirullahal adzhima li wa alakum. Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarokatuh.