Tangan mengukir kata-kata saat hati berbicara
Perlahan tangan Fiya meraba sesuatu di bawah bantal tidurnya. Terasa pijar sekali untuk membuka kedua-dua matanya, namun getaran telefon bimbit cukup menganggu lenanya pada saat itu. Sekilas Fiya memandang 5 misscalled yang tertera di screen handphone. Dek kerana terlalu mengantuk , matanya kembali tertutup. Belum sempat terlelap lagi, handphonenya kembali berdering.
‘helloo….emmm ada apa call ni? ‘
Lemah suara Fiya menjawab panggilan itu. Suara di talian masih tidak kedengaran lagi. . Aikk, senyap je ni, tadi bukan main call aku, terasa geram pulak apabila dipermainkan sebegitu, memang sound handphone aku rosak atau dia yang bisu. Hatinya bermonolong sendiri. Bercampur rasa geram di hati, pantas tangan Fiya menekan button off.
Hanphonenya berdering lagi, dengan terpaksa Fiya menjawab panggilan itu .
‘ sayangg… dah tidur ke?’
Terbuka luas mata Fiya apabila mendengar ungkapan ‘sayang’ daripada gerangan si pemanggil. Geli-geleman dibuatnya. Mahu saja Fiya terlompat bangun dari katil saat itu.
‘you nak apa call I pagi-pagi ni? Tau tak sekarang dah pukul berapa?’ sembur Fiya dengan suara perlahan.
‘Sayangg, I tak boleh tidur kalau tak dengar suara manja you tu, tergoda I dengar tau. Kita kahwin nak? ‘
Kahwin ?Fiya ketap bibir. Dibayar berjuta-juta sekalipun Fiya tidak akan segila itu untuk berkahwin dengannya. Hujan yang tidak henti-henti membasahi bumi sejak dari tadi belum tentu dapat menyejukkan hatinya yang kian membahang.
‘you jangan mimpi lah nak kahwin dengan I, seribu kali you purpose I sekalipun, I tetap akan reject ! ‘ balas Fiya kasar. Memang patut Fiya berkasar dengan dengannya. Lelaki sepertinya tidak boleh diberi muka, nanti lain jadinya.
‘It’s okay sayang. Kalau tak dapat purpose you , I akan purpose mak you dulu, dan lambat atau cepat you tetap akan jadi milik I’.
‘ jangan nak mengada eh, I tetap tak kan terima you’.
Titt ! serta-merta Fiya memutuskan talian. Tiada guna Fiya bertegang leher dengan lelaki itu, baginya keputusan itu adalah muktamad.
penulis asal : yue raihaa