"Ayah,
mak! Ana dah buat keputusan." Beritahuku sewaktu kami sedang
berehat di beranda rumah pada suatu hari.
Ayah yang
sedang membaca akhbar dan emak yang sedang menyulam tiba-tiba
memandangku serentak, kemudian berpaling sesama sendiri.
"Keputusan
tentang apa?" Soal ayah inginkan kepastian. Mungkin mereka
tertanya-tanya keputusan apakah yang telah kubuat. "Pasal
peminangan tu." Ujarku.
Ayah dan
emak kembali merenungku. Mereka memberikan perhatian kepada apa yang
bakal aku beritahu.
Keputusan
yang telah kubuat setelah berfikir baik dan buruknya. Keputusan yang
bakal menentukan masa depan arah perjalanan hidupku.
"Kiranya
ini takdir Tuhan, maka Ana redha dengan jodoh yang ayah dan emak
pilih." Terasa pilu sekali hatiku sewaktu meluahkannya.
Ada sedikit
titis jernih jatuh ke riba. Aku mengesatnya dengan hujung jari.
Emak bangun
dan memelukku. Aku tidak tahu apakah ertinya pelukan emak itu.
Pelukan
gembira oleh kerana aku menerima pilihan mereka atau pelukan untuk
menenangkan jiwaku yang sedang berkecamuk dan sedih ini?
Hanya emak
yang tahu hakikatnya.
"Syukurlah,
moga Ana bahagia nanti." Ucap ayah padaku.
Aku
terpaksa berkorban demi untuk melihat senyuman di bibir ayah dan emak
walaupun hatiku sendiri terpaksa menangis.
Tapi adalah
terlebih baik bagiku memakan hatiku sendiri daripada memakan hati
orang tua ku.
"Nanti
mak kenalkan dia pada Ana." Ujar emak sambil tersenyum kerana
keputusanku memihak kepada mereka.
"Tak
payahlah mak. Kenalkan pada Ana di hari perkahwinan tu aje." Aku
rasa lebih baik demikian kerana selepas ijab Kabul aku sudah tidak
punyai pilihan lain selain daripada menerima walaupun dengan terpaksa
lelaki pilihan ayah dan emak ku itu sebagai suamiku.
Aku tidak
mahu pertemuan sebelum ijab kabul nanti akan menyebabkan aku berbelah
bagi dengan keputusan yang telah aku buat.
"Kenapa
pula macam tu? Kan lebih baik kalau Ana berkenalan dahulu dengannya."
Ayah mempersoalkan keputusanku itu.
"Ana
telah memenuhi kehendak ayah dan mak dengan menerima pilihan ayah dan
mak. Tak bolehkah ayah dan mak memenuhi permintaan dan kehendak Ana
pula?" Aku berlalu meninggalkan mereka dalam keadaan tercengang
dengan permintaan ku itu.
Aku siapkan
kamar tidur seadanya. Aku letakkan pakaian persalinan buat suamiku di
atas katil. Aku menunggunya keluar dari bilik air.
Aku sendiri
telah bersiap-siap menukar pakaian malam menanti suamiku itu dengan
penuh debaran. Kedengaran pintu bilik air dibuka.
Dia keluar
sambil tersenyum ke arahku. "Sayang, boleh tak ambilkan abang
segelas air. Dahagalah." Pintanya sambil mengelap-ngelap
badannya dengan tuala di tangan.
"Baik
bang. Bang, ni baju abang." Ujarku sambil bangun untuk ke dapur.
Sewaktu aku
keluar, lampu di ruang tamu semuanya telah dipadamkan. Kulihat jam
dah dekat pukul 1 pagi.
"Patutlah."
Bisik hatiku. Aku meneruskan langkahku ke dapur dalam smar-samar
cahaya bilik yang masih lagi terpasang.
Kupenuhkan
labu sayung dengan air masak dan ku capai sebiji gelas. Aku membawa
kedua-duanya menuju ke bilik.
Suasana
malam agak sunyi. Tiada bunyi cengkerik atau cacing tanah. Cuma kat
luar sana kadang-kadang langit kelihatan cerah diterangi cahaya kilat
memancar.
Malam yang
pekat bakal mencurahkan hujan. Sewaktu aku melangkah masuk ke bilik,
kelihatan suamiku sedang khusyuk berdoa atas sejadah.
Mulutnya
terkumat kamit tanpa kutahu butir bicaranya. Kutuangkan air kedalam
gelas dan kuletakkan atas meja menanti suamiku selesai berdoa.
Kemudian
dia bangun menghampiriku. Aku menghulurkan gelas air kepadanya.
"Bang…."Seruku.
"Ada apa sayang?" Soalnya apabila melihat aku tersipu-sipu
kearahnya. "Malam ni abang nak…..nak….."Agak segan
untuk kuteruskan pertanyaan itu.
Suamiku
masih lagi menanti persoalan yang kutanya… " Nak apa sayang?"
Soalnya lagi sambil tersenyum. "Ah..abang ni…"Aku malu
sendirian apabila melihat suamiku seolah-olah dapat membaca
fikiranku.
"Ya,
abang nak sayang layan abang malam ni. Boleh tak?" Bisiknya
ketelingaku. Aku hanya mampu mengangguk-angguk tanda bersedia untuk
melayani segala kehendak dan kemahuannya.
Aku cuba
untuk mempersiapkan diri sebagai seorang isteri yang mampu
menyediakan dan memenuhi segala keperluan dan kemahuan suamiku itu.
"Assalamualaikum,
wahai pintu rahmat!" Bisik suamiku. "Waalaikumussalam wahai
tuan pemilik yang mulia." Jawabku.